-25 JENIS HAIWAN PELIK DI DUNIA-
haiwan aneh
1-Muncung mole berhidung bintang ini mempunyai 22 sesungut yang digunakan
untuk mengenal pasti makanan menerusi sentuhan. Ia sering ditemui di
Amerika Utara dan tinggal di kawasan tanah rendah lembap serta memakan
haiwan tanpa tulang belakang, unggas, cacing dan lintah.
2- Babi laut tinggal di atas atau di bawah dasar laut dan memakan lumpur lantai laut. Saintis masih belum mengkaji bagaimana haiwan ini boleh hidup jauh di dasar laut.
3-Penyu putih yang warna krimnya bergabung dengan sedikit warna merah jambu, terkenal dalam budaya masyarakat Cina. Satu karektor dalam kesusasteraan Cina - Journey To The West - berubah menjadi haiwan ini kerana perbuatan jahatnya.
4- Axolotl daripada keluarga amfibia yang berasal dari tasik di Mexico City. Ia banyak digunakan dalam kajian saintifik kerana keupayaan hampir semua anggota badannya untuk tumbuh semula.
5- Tarsier adalah sejenis monyet. Walaupun satu ketika bilangannya banyak, namun semua spesies yang hidup kini hanya boleh ditemui di pulau sekitar Asia Tenggara. Setiap bebola matanya mempunyai garis lintang kira-kira 16 milimeter dan ia sebesar keseluruhan otaknya.
6- Solenodon Hispaniola, haiwan ganjil dengan muncung panjang, turut mempunyai gigi yang mampu mengeluarkan bisa. Hanya dua solenodon wujud hari ini, satu di Haiti dan Republik Dominica dan satu lagi di Cuba.
7- Panda merah ialah mamalia maging yang sebesar kucing. Ia mempunyai kuku yang boleh disembunyikan separuh dan bulu tebal untuk melindunginya daripada cuaca sejuk dan menyembunyikan baunya.
7- Ular kapak ini adalah ular laut dalam dengan gigi panjang berbentuk jarum dan tulang rahang bawah berengsel. Ia antara pemangsa paling garang di laut dalam dan dipercayai menyerang mangsa dengan memikat mereka dengan organnya yang bercahaya.
8- Naga laut berdaun ini seolah-olah dilitupi daun, menjadikan ia sukar dikesan. Di temui di Australia, hidupan ini mendiami kawasan perairan sejuk dan dilindungi kerajaan sejak 1982.

9- Beruang matahari ini ditemui khusus di hutan hujan tropika Asia
Tenggara. Dengan ketinggian hanya 121 sentimeter, ia paling kecil dalam
keluarga beruang dan sering digelar beruang anjing.
10- Cicak leher beropol ini dinamakan demikian kerana kulit beropol di
lehernya. Ia berlari dengan kaki belakangnya apabila ketakutan.
Tabiatnya menyebabkan ia digelar 'cicak basikal' di Australia.11- Ikan buntal ayam ini boleh ditemui di Lautan Pasifik. Apabila membesar, ia boleh mencapai 50 sentimeter panjang.
12- Saiga, yang seperti kijang, biasanya berbadan besar, mudah lentur, hidungnya memanaskan udara ketika musim sejuk dan menapis habuk ketika musim panas.
13- Ikan katak berbulu ini 'berjalan' di sepanjang dasar laut kerana memburu makanan. Haiwan ini ditemui di Indonesia.
14- Buaya jejulung India ini adalah spesies yang semakin pupus dan antara buaya paling panjang, kadangkala mencecah tujuh meter.
15- Dengan tabiat makannya yang luar biasa dan keupayaan mengeluarkan selut, ikan hag ini disifatkan hidupan laut paling menjijikkan.
16-Ciri paling terserlah monyet probosis ini ialah jantannya berhidung besar. Menurut kajian, monyet betina spesies ini gemarkan monyet jantan berhidung besar.
17- Hidup di laut dalam dan antara sotong yang jarang ditemui, sotong Dumbo memperoleh namanya kerana telinganya, mirip karektor dalam filem Disney, Dumbo.
18- Echidna berparuh panjang ini antara 10 spesies utama yang diisytiharkan haiwan terancam pada 2007. Ia antara dua jenis mamalia yang bertelur.
19- Kera kecil ini mendiami kawasan hutan tanah rendah yang lembap di India atau Sri Lanka. Ia semakin terancam kerana kehilangan habitat.
20- Burung botak berkepala paus ini ditemui di kawasan paya tropika di timur Afrika. Burung ini setinggi 121.92 sentimeter sementara panjang sayapnya lebih 213 sentimeter. Spesies ini hanya ditemui oleh pakar ornitologi pada abad ke-19.
21- Haiwan ini, aye-aye, hampir sama dengan burung tukang. Ia 'menoreh' pokok untuk mencari ulat. Apabila makanan ditemui, ia menggunakan giginya untuk membuat lubang dan mengorek ulat keluar menggunakan jari tengahnya yang panjang.
22- Monyet kerdil ini ditemui di kawasan hutan di barat Brazil, tenggara Colombia, timur Ecuador dan timur Peru. Ia bersifat omnivor dengan memakan buah, daun, unggas dan kadangkala reptilia kecil.
23- Komondor, anjing besar baka Hungary, mempunyai bulu tebal dan panjang seperti tali. Ia diisytiharkan satu daripada khazanah negara itu.
24- Ikan yang dinamakan blobfish ini lembik seperti agar-agar dengan ketumpatannya kurang sedikit daripada air tempat ia diami. Ini membolehkannya kekal terapung. Dengan tinggal hampir di dasar laut, ikan ini makan apa saja yang terapung melintasinya.
25- Jerboa (daripada keluarga tikus) bertelinga panjang ini ditemui di padang pasir China dan Mongolia. Selain telinganya yang panjang, ekor dan kakinya juga panjang. Haiwan yang jarang ditemui ini kini diancam kepupusan.
No comments:
Post a Comment